Rabu dan Khamis lepas aku ditugaskan ke Pulau Pinang. Dua dua bahagian pulau dan juga tanah besar. Bertolak dari KL lebih kurang jam 12 tengah hari dan tiba Pulau kira kira jam 4.30 petang. Temujanji sepatutnya diadakan pada pukul 4. Ternyata dah lewat.
Sesampai di lokasi, bateri handphone habis. Memang tak boleh nak buat apa. Dugaan. Tinjau-tinjau dalam bangunan takde orang. Tak lama lepas tu pak guard datang. Tanya dia boleh tak bukak pintu tu. Dia ckp takde kunci. Hurmm lagi satu hal. Apa fungsi sebenar pak guard kat situ eh? Sekadar buat laporan?
Dia cakap tunggu sekejap lagi nanti ada orang keluar. Tunggu situ dalam setengah jam, takde satu kelibat orang pun dekat situ. Aku cakap kat pak guard aku nak beredar dulu. Pastu start enjin terus beredar pegi ke tempat yang nak dituju keesokan hari iaitu Bertam, Kepala Batas.
Disebabkan bateri handphone abis. Terpaksa singgah kat Tesco Seberang Perai tengok tengok kalau ada in car charger. Rezeki murah, ada jual kat situ so dapat la beli. Harga RM13. Bolehla sekadar untuk caj sebab perlu guna. Penting. Lepas tu baru bertolak ke bertam. Sampai kat Petrol pam kat bertam and decide tido kat situ je.
Dalam pukul 1 lebih baru la rasa nak tido. Sebab sepanjang masa nak lelapkan mata macam macam bunyi boleh dengar. Padahal bukannya ada ramai sangat orang tinggal berdekatan. Banyak kali jugak asik terjaga bunyi bising. Tapi tawakkal jela tido dalam keta. Bukan apa risau kalau kalau ada penjenayah kat area situ.
Dapat tido dalam 5 jam saja. Sebab pukul 5 lebih pagi orang dah start pegi kerja. Ramai jugak yang singgah parking kat sebelah. So nak tido balik susah. So dalam pukul 8 lebih pegi makan dekat kedai berdekatan. Itupun makan kuey teow goreng je. Takde la sedap mana tapi sekadar alas perut.
Lepas tu telefon orang berkenaan dekat lokasi dituju iaitu IPPT minta kebenaran dulu. Baru boleh pegi masuk. Lepas tu terus menuju ke IPPT. Masuk dalam mulakan tugas. Kira kira sejam selepas baru siap. Cuba hubungi PIC yang ada kat pulau. Tapi gagal. Takde jalan lain terus menuju ke pulau.
Pusing-pusing jap kat Queensbay, pegi kat Pantai Seagate, pastu gi jalan kat Gurney drive. Saja jalan sana sebab dah lama tak pegi. Pegi situ pun sekadar ambik gamba saja. Cuba contact masa kat situ dapat. So set appointment dalam pukul 2 petang. SMS lagi sorang ckp pukul 3. Nasib baik masing2 setuju dan kebetulan lokasi yang sama. So selamat la. Risau jugak kalau lain lain tempat. Nak terkejar-kejar nanti.
Tengah hari skip lunch. Minum air je. Dalam pukul 1.30 terus pegi IPharm. Jumpa pak guard semalam. Cerita-cerita sekejap. Lepas tu ada staf building tu baru balik lunch. So masuk dalam tunggu kat dalam bilik seminar. Sharp pukul 2. Orang berkenaan anta sms ckp tunggu dalam 10 minit sebab dia ada hal. So tunggu lagi.
Lepas tu dia datang bawak pegi tempat berkenaan. Nasib baik masalah boleh settle dengan segera. Pukul 3 pegi bilik lain pulak. Appoinment lain. So bagi training lebih kurang sejam. Habis. Lepas tu tunggu balik kat bilik seminar sebab ada dokumen kena sign. Sorang sorang staf masa training tadi datang minta tandatangan. Memang prosedur dorang lepas training kena minta tandatangan. Jadi artis sekejap. Orang minta autograf. Hehe.
Tunggu lagi sejam. Pukul 4.50 baru siap. Pukul 5 baru bertolak balik. Memang nak kejar masa sebab takut nak lambat lagi sebab nanti orang balik keja lagi jem. Atas jambatan pulau pinang kereta bergerak perlahan sebab ada pulak kenderaan berat atas jalan. Sampai tol juru pun keadaan sama jem jugak sebab orang dah balik kerja termasuk lori lori besar.
Lepas tol lega keadaan berjalan lancar. Cuaca pun panas petang tu. Jalan terus macam bese sampai kat gunung semanggol start ujan. Ujan sepanjang jalan. Tak bawak laju pun. Bawak macam biasa je. Ramai je yang hangin kot bawak slow. Tapi nak buat camner. Kalau nak laju bawak la lorong laju.
Keadaan dah malam dan hujan memang susah nak drive. Jadi keliru. Sebab jarang bawak keta jauh waktu malam. Keadaan berbeza waktu siang. Naik turun bukit kat terowong menora turun menuju ke ipoh keadaan tak berapa nak hujan. Lega sikit drive.
Drive lagi sampai kat area mana tak berapa nak ingat. Ada lori eksiden. Banyak benda pecah kat tengah jalan. Nasib baik sempat elak. Ingatkan lepas tu dah lega. Pastu ada pulak lori bawak benda berat kat atas jalan. Jemla jalan. Terpaksala dah kenderaan pun byk. Dah lepas tu baru la rasa lega balik.
Sampai kat RnR Behrang kot. Singgah jap isi minyak. Macam macam ragam kat situ. Lori isi minyak tak nak bayar la. Gaduh la. Beredar cepat sebelum terbabit plak. Drive lagi. Ingatkan dah nak sampai rupanya jauh lagi. Dah penat sangat tapi terpaksa gak. Sampai kat tol Rawang selatan keluar kat situ masuk guthrie lak. Pas tol pertama guthrie ok. Lepas tol kedua tu ada plak keta Mercedes baru lepas eksiden. Memang ujan lebat pun. Mungkin laju sangat kot. Sebab tu sampai eksiden.
Lebih kurang dua jam kemudian baru sampai rumah. At last selepas 5 jam baru sampai rumah. Balik mandi dan terus tido. Tak larat nak buat pape lagi. End. hihi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.