Assalamualaikum, lama tak update blog ni. So harini update la serba sedikit. Sebenarnya harini ada tugasan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) di Kuala Lumpur. Sampai sana awal so ambil keputusan nak pergi ke KWSP di seberang jalan.
So daripada bayar parking lepas tu pusing balik pegi PPUM. Baik aku parking terus kat PPUM. Mungkin ramai yang dah tau atau mungkin ramai yang tak tau kalau nak parking dekat PPUM memang satu azab. Ada laluan-laluan bahaya di Multi Storey Parking tu. Banyak kereta dah kena sagat. Satu lagi lif selalu rosak dan lif khas untuk kakitangan. Sangat-sangat inconvenience.
Lepas tu lalu ikut tangga jumpa satu benda tak menyenangkan. Orang kencing kat sudut-sudut tangga. Takde sivik langsung.
Okla dah abis tgk semua perkara tak menyenangkan. Lepas tu pergi ke destinasi sebenar Blok L PPUM bersebelahan Blok N. Di Blok N juga terletaknya rumah mayat. Harini agak ramai kat situ. Ada pelbagai bangsa kat situ. Ada melayu, cina, india dan juga Indonesia yang silih berganti.
Seperti biasa kalau datang ziarah orang meninggal tu mesti ramai yang sugul. Ramai juga yang buat duit dalam kes ni. Seperti orang cina dan india. Diorang guna servis casket. Keranda kot. Bagi kita orang Islam ada van jenazah. Tapi bagi diorang memang takde macam kita kot. Mungkin sebab agama mereka tak macam kita.
Dah puas tengok ragam masing-masing. Baru la start buat keja. Dah siap keja masa untuk balik. Lagi satu azab dekat paking jugak. Aku abis keja pun dalam 4.30 petang. Memang elok sangat la tu. Waktu semua orang pun balik. Apa lagi berasak2 la masing nak lepaskan diri. Aku pun ikutla rentak diorang. Begitula kisah pengalaman aku arini. Enjoy. Haha.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.